Friday, September 3, 2010

Pendapatan dan takaful

Anda tak perlu baca jika anda rasa pendapatan tak penting buat anda.....



Setiap orang sayangkan keluarga mereka. Mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk kebahagiaan keluarga mereka, malah tiada seorang pun yang sanggup melihat ahli keluarga mereka menanggung penderitaan.

Setiap ketua keluarga akan melaksanakan tugas mereka dengan menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal untuk orang yang tersayang. Mereka juga akan menyediakan pendidikan, kesihatan dan kebajikan kepada keluarga mereka. Mereka berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk keluarga mereka. Jika sesuatu terjadi kepada diri mereka, mereka berazam untuk meninggalkan yang terbaik untuk keluarga mereka.

Ketika kehidupan berjalan dengan lancar, pelayaran ibarat di air yang tenang. Namun suatu hari nanti hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Langit yang selalunya cerah akan berganti mendung. Air yang tenang bertukar gelora. Sedarkah anda, jika sesuatu terjadi kepada anda atau anda meninggal dunia, anda tidak hanya meninggal sebagai seorang suami dan ayah. Tetapi pendapatan anda yang diperlukan oleh isteri dan anak anda akan turut pergi bersama-sama anda.

Dan, tahukah anda jika anda meninggalkan sebuah rumah untuk keluarga anda, keluarga anda mungkin terpaksa menjual rumah tersebut untuk dibahagikan sesama mereka, tetapi jika anda meninggalkan mereka dengan rumah dan perlindungan takaful, keluarga anda dapat menjaga rumah tersebut dengan baik dan membahagikan pampasan takaful sahaja. Sekurang-kurangnya keluarga anda masih mempunyai rumah untuk berkumpul.

Saya percaya, Setiap ketua keluarga, suami dan ayah pasti akan memikirkan masa depan dia dan keluarga tanpa membebankan dan memberi tekanan kepada isteri dan anak jika dia tidak berdaya untuk bekerja lagi. Apalah erti beberapa ratus ringgit sebulan jika dibandingkan dengan kebahagiaan keluarga.

read more...

LailatulQadar


Salam Ramadhan untuk semua......

Masa berlalu begitu pantas... sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung Ramadhan..
Bulan Ramadhan satu bulan penuh keberkatan dimana Allah S.W.T meluaskan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang tekun beribadat... dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda...

Abu Hurairah berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Apabila masuk bulan Ramadhan terbuka lah pintu-pintu syurga dan terkunci lah segala pintu neraka
manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat"
                                                                                                                    ~Bukhari dan Muslim~

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia daripada seribu bulan. iaitu malam Lailatul Qadar.
Malam yang diturunkan al-Quran untuk dijadikan sebagai panduan bagi seluruh umat Islam.

Firman Allah SWT:
" Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara
yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling
baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka
membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang
berkat) itu hingga terbit fajar."
                                                                                                                                   ~ al-Qadr: 1-5 ~

Oleh itu, sesiapa yang beribadat pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatul qadar, ganjaran pahala
amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1,000 bulan.

Dipenghujung Ramadhan….Tatkala hati sudah terbuai dengan keseronokan untuk berhari raya.....
Allah S.W.T menurunkan Lailatul Qadar pada supaya kita berusaha untuk memanfaatkan malam-malam terakhir di bulan yang mulia ini. Allah memberi keistimewaan kepada hamba-hamba-Nya yang tekun beribadat dari awal sampai hujungnya....

Untuk peringatan pada diri saya dan teman-teman yang mengunjungi blog saya, mari lah sama-sama
mempertingkatkan amal ibadat dan merebut peluang sebelum Ramadhan pergi meninggalkan kita.....
Semoga Allah S.W.T memberi keampunan kepada kita semua....
Amin.....
read more...

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Merdeka

Kepada warga Malaysia, saya ucapkan selamat menyambut hari merdeka yang ke-53.
read more...