Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

Kisah Hidup Burung



Kisah hidup sepasang Burung

Saya begitu tertarik ketika membaca satu kisah hidup sepasang burung, kisah ini diceritakan oleh seorang ‘sifu’ dalam bidang takaful. Dia juga yang membawa saya ke dunia Takaful.

Sebaik bertemu pasangan, burung jantan dan burung betina akan bekerjasama membuat sarang. Setelah sarang siap dibina. Burung betina akan duduk disarang dan bertelur. Tugas Burung Jantan mencari makanan untuk pasangan dan anak-anak nya yang sudah menetas. Ia juga yang mengawal dan menjaga sarang daripada diganggu oleh binatang-binatang lain.

Suatu hari seperti biasa si bapa akan mencari makanan, sedang dia terbang keudara si bapa terlihat bangkai seekor ular diatas jalan. Semasa si bapa berusaha menarik bangkai tersebut. Tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah belakang lalu melanggar si bapa dan mati serta merta.

Di sarang, kicauan anak-anak merunsingkin si ibu. Ia akhirnya keluar untuk mencari makanan sambil berusaha mencari si bapa. Akhirnya ia terlihat si bapa terbaring. Ia cuba untuk bangunkan si bapa namun tidak Berjaya. Kerana pulang dalam kesedihan tanpa disedari si ibu, seekor ular telah mengikorinya dibelakang. Si ular Berjaya menelan si ibu.

Tinggallah si anak yang kelaparan. Menangis dan terus menangis. Walaupun banyak burung yang bertebangan namun tak seekor pun yang datang memberi anak-anak burung itu makan. Kita tidak boleh menyalahkan burung-burung lain kerana mereka juga ada tanggungjawab masing-masing. Perlu memberi makan pada pasangan dan anak-anak mereka.

Begitu juga la manusia, hari ini kita melihat setiap hari pasti akan lahir ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim. Sebagai masyarakat kita wajib membantu, namun berapa sangat lah sumbangan yang kita boleh hulurkan kerana kita jua mempunyai tanggungan dan tanggungjawab masing-masing. Oleh itu, bagi ibu dan bapa simpanlah sedikit pendapatan anda untuk anak-anak anda andai sesuatu terjadi kepada anda.

”MENINGGALKAN ANAK DAN ISTERI DENGAN KESENANGAN LEBIH BAIK DARIPADA MENINGGALKAN MEREKA DALAM KEADAAN MEMINTA-MINTA”

~Hadis Riwayat Bukhari~
read more...

Kasih seorang isteri



Kasih seorang isteri

Dalam mengemudi keluarga yang bahagia, si suami akan berusaha menjadi seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab, mencari nafkah demi isteri dan anak-anak. Manakala si isteri pula berusaha menguruskan urusan rumah tangga, makan minum dan urus pakai suami serta anak-anak. Saat ini kehidupan berjalan begitu lancar.

Namun, kita sebagai hamba yang lemah tidak dapat menghidu malang yang datang. Suatu hari seperti biasa si isteri akan menyediakan makan malam buat suami dan anak-anak yang disayanginya. Tiba-tiba telefon berdering, dari arah sana kedegaran suara yang begitu cemas, menceritakan bahawa suaminya mendapat serangan jantung, dia perlu dibedah dan memerlukan kos Rm50,000 untuk tujuan tersebut. Walau sukar untuk mempercayainya, ia tetap suatu suratan yang harus diterima. Dia menarik nafas sedalam-dalam nya, cuba mencari kekuatan untuk menghadapi berita yang baru didengarinya itu.

Bagaimana si isteri itu boleh mendapatkan wang untuk membiayai kos rawatan yang agak tinggi? Demi cinta nya pada suami, dia sanggup untuk mengadaikan rumah, menjual semua barang kemas dan dia juga terpaksa meminjamkan wang dari rakan dan keluarganya. Bagaimana jika umur suaminya tak panjang? Si isteri akan kehilangan suaminya dan terpaksa menanggung hutang yang dipinjamnya. Dia terpaksa bekerja keras untuk menanggung keluarganya juga. Adakah anda sanggup membiarkan keadaan ini berlaku kepada orang yang amat mencintai anda?

Biasanya kita akan menyediakan payung dikereta kerana jika hujan turun kita boleh berteduh. Kita tak mampu untuk memberhentikan hujan, tetapi kita boleh cari jalan penyelesaian untuk tidak terkena hujan. Kita hanya mampu merancang, Tuhan jua yang menentukan segala-galanya. Apa yang penting, kita membuat persediaan awal, sebelum berlaku perkara yang tidak diduga.
read more...

Friday, September 3, 2010

Ulang Tahun kelahiran


‘Selamat hari Lahir’ sering diungkapkan bila sampai hari ulang tahun kelahiran kita. Sedar tak sedar nombor ulang tahun akan meningkat. Usia semakin menginjak dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Bila umur bertambah, kita bersyukur dipanjangkan usia. Tetapi apa yang pasti tetap akn berlaku. ‘Maut’ kita tidak semakin menjauhi tapi semakin kita mendekati. Cuma kita tak pasti bila tiba masanya. Namun yang pasti ‘maut’ tidak mengenal usia dan siapa. Ia datang bila-bila masa dan pada sesiapa sahaja. Seperti perumpamaan buah kelapa, tidak perlu tua, masih muda sudah gugur ke bumi.
Andaikan bahawa 8 daripada 1000 orang mati setiap tahun. Mungkin ia hanyalah sekadar nombor bagi mereka. Tetapi cuba bayangkan 1000 orang berdiri mengadap 1000 orang lagi dihadapan mereka yang mempunyai pistol. Apabila terdengar jeritan “bersedia” untuk tembakan dilepaskan. 1000 pistol diacukan. Ia amat menakutkan. Tetapi jika dikatakan 992 pistol mempunyai peluru kosong. Ia amat melegakan. Namun bagaimana dengan 8 lagi pistol yang berpeluru hidup itu. Kita tak pasti dimana ia berada. Andai ia dihadapan kita. Bagaimana dengan anak dn isteri kita. Sudahkah kita sediakan tabungan untuk mereka untuk meniti hari-hari tanpa kita?. Dalam surah Al-Baqarah ada menyebut “dan orang-orang yang akan meninggal dunia diantaramu dan meninggalkan isteri hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, diberi nafkah hingga setahun lamanya”. Ia adalah supaya meninggal kan isteri dalam keadaan lebih bersedia dan dapat menyesuaikan diri dalam keadaan mereka yang baru itu.
“Meninggalkan anak dan isteri mu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
~ Hadis riwayah Bukhari ~
read more...

Pendapatan dan takaful

Anda tak perlu baca jika anda rasa pendapatan tak penting buat anda.....



Setiap orang sayangkan keluarga mereka. Mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk kebahagiaan keluarga mereka, malah tiada seorang pun yang sanggup melihat ahli keluarga mereka menanggung penderitaan.

Setiap ketua keluarga akan melaksanakan tugas mereka dengan menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal untuk orang yang tersayang. Mereka juga akan menyediakan pendidikan, kesihatan dan kebajikan kepada keluarga mereka. Mereka berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk keluarga mereka. Jika sesuatu terjadi kepada diri mereka, mereka berazam untuk meninggalkan yang terbaik untuk keluarga mereka.

Ketika kehidupan berjalan dengan lancar, pelayaran ibarat di air yang tenang. Namun suatu hari nanti hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Langit yang selalunya cerah akan berganti mendung. Air yang tenang bertukar gelora. Sedarkah anda, jika sesuatu terjadi kepada anda atau anda meninggal dunia, anda tidak hanya meninggal sebagai seorang suami dan ayah. Tetapi pendapatan anda yang diperlukan oleh isteri dan anak anda akan turut pergi bersama-sama anda.

Dan, tahukah anda jika anda meninggalkan sebuah rumah untuk keluarga anda, keluarga anda mungkin terpaksa menjual rumah tersebut untuk dibahagikan sesama mereka, tetapi jika anda meninggalkan mereka dengan rumah dan perlindungan takaful, keluarga anda dapat menjaga rumah tersebut dengan baik dan membahagikan pampasan takaful sahaja. Sekurang-kurangnya keluarga anda masih mempunyai rumah untuk berkumpul.

Saya percaya, Setiap ketua keluarga, suami dan ayah pasti akan memikirkan masa depan dia dan keluarga tanpa membebankan dan memberi tekanan kepada isteri dan anak jika dia tidak berdaya untuk bekerja lagi. Apalah erti beberapa ratus ringgit sebulan jika dibandingkan dengan kebahagiaan keluarga.

read more...