Tuesday, September 7, 2010

Kasih seorang isteri



Kasih seorang isteri

Dalam mengemudi keluarga yang bahagia, si suami akan berusaha menjadi seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab, mencari nafkah demi isteri dan anak-anak. Manakala si isteri pula berusaha menguruskan urusan rumah tangga, makan minum dan urus pakai suami serta anak-anak. Saat ini kehidupan berjalan begitu lancar.

Namun, kita sebagai hamba yang lemah tidak dapat menghidu malang yang datang. Suatu hari seperti biasa si isteri akan menyediakan makan malam buat suami dan anak-anak yang disayanginya. Tiba-tiba telefon berdering, dari arah sana kedegaran suara yang begitu cemas, menceritakan bahawa suaminya mendapat serangan jantung, dia perlu dibedah dan memerlukan kos Rm50,000 untuk tujuan tersebut. Walau sukar untuk mempercayainya, ia tetap suatu suratan yang harus diterima. Dia menarik nafas sedalam-dalam nya, cuba mencari kekuatan untuk menghadapi berita yang baru didengarinya itu.

Bagaimana si isteri itu boleh mendapatkan wang untuk membiayai kos rawatan yang agak tinggi? Demi cinta nya pada suami, dia sanggup untuk mengadaikan rumah, menjual semua barang kemas dan dia juga terpaksa meminjamkan wang dari rakan dan keluarganya. Bagaimana jika umur suaminya tak panjang? Si isteri akan kehilangan suaminya dan terpaksa menanggung hutang yang dipinjamnya. Dia terpaksa bekerja keras untuk menanggung keluarganya juga. Adakah anda sanggup membiarkan keadaan ini berlaku kepada orang yang amat mencintai anda?

Biasanya kita akan menyediakan payung dikereta kerana jika hujan turun kita boleh berteduh. Kita tak mampu untuk memberhentikan hujan, tetapi kita boleh cari jalan penyelesaian untuk tidak terkena hujan. Kita hanya mampu merancang, Tuhan jua yang menentukan segala-galanya. Apa yang penting, kita membuat persediaan awal, sebelum berlaku perkara yang tidak diduga.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Kasih seorang isteri"