Friday, September 3, 2010

Ulang Tahun kelahiran


‘Selamat hari Lahir’ sering diungkapkan bila sampai hari ulang tahun kelahiran kita. Sedar tak sedar nombor ulang tahun akan meningkat. Usia semakin menginjak dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Bila umur bertambah, kita bersyukur dipanjangkan usia. Tetapi apa yang pasti tetap akn berlaku. ‘Maut’ kita tidak semakin menjauhi tapi semakin kita mendekati. Cuma kita tak pasti bila tiba masanya. Namun yang pasti ‘maut’ tidak mengenal usia dan siapa. Ia datang bila-bila masa dan pada sesiapa sahaja. Seperti perumpamaan buah kelapa, tidak perlu tua, masih muda sudah gugur ke bumi.
Andaikan bahawa 8 daripada 1000 orang mati setiap tahun. Mungkin ia hanyalah sekadar nombor bagi mereka. Tetapi cuba bayangkan 1000 orang berdiri mengadap 1000 orang lagi dihadapan mereka yang mempunyai pistol. Apabila terdengar jeritan “bersedia” untuk tembakan dilepaskan. 1000 pistol diacukan. Ia amat menakutkan. Tetapi jika dikatakan 992 pistol mempunyai peluru kosong. Ia amat melegakan. Namun bagaimana dengan 8 lagi pistol yang berpeluru hidup itu. Kita tak pasti dimana ia berada. Andai ia dihadapan kita. Bagaimana dengan anak dn isteri kita. Sudahkah kita sediakan tabungan untuk mereka untuk meniti hari-hari tanpa kita?. Dalam surah Al-Baqarah ada menyebut “dan orang-orang yang akan meninggal dunia diantaramu dan meninggalkan isteri hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, diberi nafkah hingga setahun lamanya”. Ia adalah supaya meninggal kan isteri dalam keadaan lebih bersedia dan dapat menyesuaikan diri dalam keadaan mereka yang baru itu.
“Meninggalkan anak dan isteri mu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
~ Hadis riwayah Bukhari ~
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Ulang Tahun kelahiran"