Tuesday, September 7, 2010

Kisah Hidup Burung



Kisah hidup sepasang Burung

Saya begitu tertarik ketika membaca satu kisah hidup sepasang burung, kisah ini diceritakan oleh seorang ‘sifu’ dalam bidang takaful. Dia juga yang membawa saya ke dunia Takaful.

Sebaik bertemu pasangan, burung jantan dan burung betina akan bekerjasama membuat sarang. Setelah sarang siap dibina. Burung betina akan duduk disarang dan bertelur. Tugas Burung Jantan mencari makanan untuk pasangan dan anak-anak nya yang sudah menetas. Ia juga yang mengawal dan menjaga sarang daripada diganggu oleh binatang-binatang lain.

Suatu hari seperti biasa si bapa akan mencari makanan, sedang dia terbang keudara si bapa terlihat bangkai seekor ular diatas jalan. Semasa si bapa berusaha menarik bangkai tersebut. Tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah belakang lalu melanggar si bapa dan mati serta merta.

Di sarang, kicauan anak-anak merunsingkin si ibu. Ia akhirnya keluar untuk mencari makanan sambil berusaha mencari si bapa. Akhirnya ia terlihat si bapa terbaring. Ia cuba untuk bangunkan si bapa namun tidak Berjaya. Kerana pulang dalam kesedihan tanpa disedari si ibu, seekor ular telah mengikorinya dibelakang. Si ular Berjaya menelan si ibu.

Tinggallah si anak yang kelaparan. Menangis dan terus menangis. Walaupun banyak burung yang bertebangan namun tak seekor pun yang datang memberi anak-anak burung itu makan. Kita tidak boleh menyalahkan burung-burung lain kerana mereka juga ada tanggungjawab masing-masing. Perlu memberi makan pada pasangan dan anak-anak mereka.

Begitu juga la manusia, hari ini kita melihat setiap hari pasti akan lahir ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim. Sebagai masyarakat kita wajib membantu, namun berapa sangat lah sumbangan yang kita boleh hulurkan kerana kita jua mempunyai tanggungan dan tanggungjawab masing-masing. Oleh itu, bagi ibu dan bapa simpanlah sedikit pendapatan anda untuk anak-anak anda andai sesuatu terjadi kepada anda.

”MENINGGALKAN ANAK DAN ISTERI DENGAN KESENANGAN LEBIH BAIK DARIPADA MENINGGALKAN MEREKA DALAM KEADAAN MEMINTA-MINTA”

~Hadis Riwayat Bukhari~
read more...

Kasih seorang isteri



Kasih seorang isteri

Dalam mengemudi keluarga yang bahagia, si suami akan berusaha menjadi seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab, mencari nafkah demi isteri dan anak-anak. Manakala si isteri pula berusaha menguruskan urusan rumah tangga, makan minum dan urus pakai suami serta anak-anak. Saat ini kehidupan berjalan begitu lancar.

Namun, kita sebagai hamba yang lemah tidak dapat menghidu malang yang datang. Suatu hari seperti biasa si isteri akan menyediakan makan malam buat suami dan anak-anak yang disayanginya. Tiba-tiba telefon berdering, dari arah sana kedegaran suara yang begitu cemas, menceritakan bahawa suaminya mendapat serangan jantung, dia perlu dibedah dan memerlukan kos Rm50,000 untuk tujuan tersebut. Walau sukar untuk mempercayainya, ia tetap suatu suratan yang harus diterima. Dia menarik nafas sedalam-dalam nya, cuba mencari kekuatan untuk menghadapi berita yang baru didengarinya itu.

Bagaimana si isteri itu boleh mendapatkan wang untuk membiayai kos rawatan yang agak tinggi? Demi cinta nya pada suami, dia sanggup untuk mengadaikan rumah, menjual semua barang kemas dan dia juga terpaksa meminjamkan wang dari rakan dan keluarganya. Bagaimana jika umur suaminya tak panjang? Si isteri akan kehilangan suaminya dan terpaksa menanggung hutang yang dipinjamnya. Dia terpaksa bekerja keras untuk menanggung keluarganya juga. Adakah anda sanggup membiarkan keadaan ini berlaku kepada orang yang amat mencintai anda?

Biasanya kita akan menyediakan payung dikereta kerana jika hujan turun kita boleh berteduh. Kita tak mampu untuk memberhentikan hujan, tetapi kita boleh cari jalan penyelesaian untuk tidak terkena hujan. Kita hanya mampu merancang, Tuhan jua yang menentukan segala-galanya. Apa yang penting, kita membuat persediaan awal, sebelum berlaku perkara yang tidak diduga.
read more...

Monday, September 6, 2010

Takaful

Apa itu takaful?

Berasal daripada perkataan arab yang bermaksud saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara. Dalam konteks ini ia adalah satu bentuk perjanjian antara sekumpulan peserta yang bersetuju untuk saling menjamin ahli dalam kumpulan yang ditimpa musibah. Takaful diperkenalkan sebagai alternative kepada insurans konvesional yang hukumnya haram kerana adanya unsur riba, gharar (ketidaktentuan) dan masyir (judi). Sistem takaful bukan sahaja sebagai kaedah pengurusan berisiko tetapi ia juga sebagai instrument kewangan, simpanan, perlindungan, pelaburan dan pembangunan sosioekonomi. Ia berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan untuk menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan.

Apa tujuan Takaful diperkenalkan?
Untuk mengalakkan sifat saling tolong menolong dan perpaduan sesama ahli selari dengan konsep ta’awun (saling bekerjasama). Menekankan sifat keikhlasan berdasarkan kontrak ‘tabarru’ untuk peserta ynag memerlukan. Para peserta bersetuju untuk bersama-sama menanggung kerugian yang disebabkan risiko seperti kematian, kemalangan dan lain-lain.

“Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan”
                                                                                            ~riwayat imam Al-Bukhari dan imam Muslim~

Apa yang dimaksudkan dengan kontrak tabarru’?
Bermaksud menderma atau memberi hak milik secara percuma. Daripada sumbangan inilah peserta-peserta dapat mewujudkan satu tabungan atau kumpulan wang. Setiap peserta bersepakat bahawa jika ditakdirkan salah seorang daripada mereka menanggung kerugian atau kehilangan akibat dilanda suatu musibah atau bencana, bantuan disediakan dalam bentuk manfaat kewangan. Dengan adanya manfaat seperti ini diharap dapat meringankan beban atau tangungan yang terpaksa dipikul akibat penderitaan daripada musibah. Dalam industri takaful, tabarru’ yang diperkenalkan adalah tabarru’ bersyarat. Yang mana peserta mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali Takaful akan menetapkan kadar tabarru’ untuk memastikan tabung tabarru’ adil bagi semua pihak.

Bagaimana Takaful dijalankan?
Peserta mencarumkan sejumlah wang, membantu ahli yang mengalami kerugian dan kerosakan. Pengendali Takaful akan menguruskan wang tersebut berasaskan muamalat islam berlandaskan hukum syariah.

Apa kepentingan Muamalat dalam Takaful?
~ Untuk menghindari penindasan, kezaliman dan penipuan
~ Mewujudkan masyarakat berdedikasi serta tekun
~ berhubung, bekerjasama dan bertukar keperluan.
~ Membentuk masyarakat yang bertangungjawab dalam membelanjakan harta pada jalan yang betul

“Semoga Allah SWT memberikan rahmat kepada orang yang berusaha dengan cara yang baik, berbelanja dengan sederhana dan menabung apa yang lebih setelah memberi nafkah untuk saat-saat dia memerlukan nanti”
                                                                                      ~riwayat imam Al-Bukhari dan imam Muslim~

Apakah jenis kontrak Muamalat dalam industri takaful?
Industri Takaful mengikut jenis-jenis kantrak muamalat. Antaranya;
• Tabarru’- Menderma kepada yang memerlukan
• Mudharabah – Kontrak perkongsian modal dari satu pihak dan usaha dari satu pihak yang lain. Pemodal (peserta) dan pengusaha (pengendali)
• Wakalah – Menyerahkan tangungjawab kepada seseorang. Pengendali akan menjalankan tangungjawab dengan menyumbang segala kepakaran untuk memastikan segala berjalan dengan lancar.
• Qard Hassan – Pinjaman kebajikan, peminjam hanya perlu membayar jumlah yang dipinjam tanpa bayaran tambahan.
• Hibah – memberi sesuatu barang pada seseorang sebagai hadiah.
 
Apa jaminan Syarikat Pengendali Takaful?
Setiap Syarikat pengendali Takaful berdaftar dibawah Bank Negara Malaysia (BNM). Sehingga kini terdapat 9 syarikat pengendali Takaful yang diberi lesen oleh BNM termasuk MAA Takaful. Setiap syarikat Pengendali Takaful terikat dengan peraturan ditetapkan BNM. Pengawalan dan penyeliaan industri takaful merupakan peranan penting BNM dalam memastikan kestabilan industri kewangan keseluruhannya. Ia adalah sebagai satu komponen teras dalam sistem kewangan islam di Malaysia.
Peranan Bank Negara Malaysia dalam mengawal selia industri Takaful ialah ;
• Memastikan pengendali menjalankan operasi dengan baik dan berhemat
• Memastikan operasi selari dengan rangka kerja syariah
• Mengekalkan keyakinan orang ramai pada takaful
• Mempromosikan amalan pasaran yang baik serta perkukuh takbir urus korporat
• Memastikan penyaluran sumber ekonomi yang cekap dan sesuai
• Mengekalkan kestabilan sistem kewangan keseluruhannya



MAA Takaful?

Produk MAA Takaful adalah produk Takaful yang flexible. Pelan perlindungan mengikut kemampuan pelangan. Pelan MAA Takaful juga menawarkan kadar pampasan yang tinggi bagi kematian dan hilang upaya kekal dengan caruman bulanan yang rendah. Oleh itu, tiada alasan untuk kita menyediakan perlindungan kepada keluarga kita. Sekurang-kurangnya, jika berlaku apa-apa pada kita, keluarga kita masih boleh mendapat satu hidangan  makanan daripada tiada hidangan makanan lansung. PELAN PERLINDUNGAN TAKAFUL BERASASKAN PELABURAN YANG TERMURAH DI MALAYSIA
 
 
 
MAA Takafulink untuk tahun kedua berturut-turut telah terpilih sebagai :-
"THE MOST OUTSTANDING TAKAFUL PRODUCT"

di 7th Kuala Lumpur Islamic Financial Forum.

Anugerah ini telah di sampaikan oleh Tan Sri Mohd Nor Yaakop dan di terima oleh CEO MAA Takaful - Encik Salem Majid Zain.

Sesungguhnya dengan anugerah ini membuktikan bahawa produk Investment Link MAA Takaful adalah yang terbaik di pasaran.

Dan saya mewakili consultant2 MAA Takaful - amat berbangga dengan anugerah yang di menangi MAA Takaful untuk tahun ke dua berturut-turut.

ONLY THE BEST WINS TWICE.... bravo MAA Takaful. Kita adalah yang terhebat !!!


 

read more...

Saturday, September 4, 2010

Siapa saya??

Saya...??
Just Call me Mas. Berumur 25 tahun. Lahir pada 20 disember 1985.
Berasal dari negeri pantai Timur, terletak di daerah Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.. Keluarga yang bahagia terdiri daripada mak, ayah, 3 orang kakak, 2 adik lelaki dan seorang adik perempuan.

Pendidikan?
Graduan daripada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Mengambil jurusan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal,

Kerjaya?
Pernah bekerja di sebuah Kilang pembuatan (MF Busduct) di Rawang, Selangor selama hampir 4 tahun. Atas sebab-sebab tertentu, saya mengambil keputusan pulang ke tanah air. Namun, peluang pekerjaan di sini tidah seluas di selangor tambahan dengan jurusan yang kurang diperlukan disini.

Hampir 2 bulan. Akhirnya saya dipertemukan dengan seseorang yang di anggap 'sifu' dibidang Takaful. Melaluinya saya mula faham tentang konsep Takaful. Minat mula timbul. Saya diberi peluang untuk mencuba. Dengan kepercayaan dan harapan dia saya memulakan langkah sebagai perunding di MAA Takaful.

Langkah pertama, perjalanan yang agak sukar, ia amat memeritkan. Ia tak semudah seperti yang dijangka, bermacam-macam bantahan saya jumpa yang sukar untuk diatasi. saya hampir berputus asa.

Akhirnya saya dapat seorang 'prospek'. Kata-kata yang tak mungkin saya lupa kan. Dia amat berminat untuk memiliki satu polisi sebagai jaminan kewangan andai berlaku sesuatu kepadanya. Dia berkata biar isteri nya dapat pendapatan sementara dia belum berjumpa penganti nya andai dia ingin kawen lagi. Terharu saya mendengarnya. Dalam hati saya berkata alangkah mulianya hati nya demi isteri dan anak, dia tidak sanggup membiarkan isteri dan anaknya menderita walaupun dia tiada lagi di dunia ini...

Dan saya berazam akan terus membantu rakyat Malaysia memiliki perlindungan demi anak yatim dan ibu tunggal yang lahir setiap hari. Kerana saya tahu andai ada yang mempunyai bantahan, bermakna ia memerlukan penjelasan yang terperinci tentang takaful kerana saya percaya andai mereka tahu kepentigan takaful mereka pasti takkan berkata 'tidak'.













Sekiranya anda berminat untuk menyediakan Pelan Perlindungan kepada keluarga anda atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai MAA Takaful. Anda boleh menghantar mesej anda ke suzie2012@gmail.com. Kami Sediakan yang terbaik untuk anda. Anda pula bagaimana?
read more...

Friday, September 3, 2010

Ulang Tahun kelahiran


‘Selamat hari Lahir’ sering diungkapkan bila sampai hari ulang tahun kelahiran kita. Sedar tak sedar nombor ulang tahun akan meningkat. Usia semakin menginjak dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Bila umur bertambah, kita bersyukur dipanjangkan usia. Tetapi apa yang pasti tetap akn berlaku. ‘Maut’ kita tidak semakin menjauhi tapi semakin kita mendekati. Cuma kita tak pasti bila tiba masanya. Namun yang pasti ‘maut’ tidak mengenal usia dan siapa. Ia datang bila-bila masa dan pada sesiapa sahaja. Seperti perumpamaan buah kelapa, tidak perlu tua, masih muda sudah gugur ke bumi.
Andaikan bahawa 8 daripada 1000 orang mati setiap tahun. Mungkin ia hanyalah sekadar nombor bagi mereka. Tetapi cuba bayangkan 1000 orang berdiri mengadap 1000 orang lagi dihadapan mereka yang mempunyai pistol. Apabila terdengar jeritan “bersedia” untuk tembakan dilepaskan. 1000 pistol diacukan. Ia amat menakutkan. Tetapi jika dikatakan 992 pistol mempunyai peluru kosong. Ia amat melegakan. Namun bagaimana dengan 8 lagi pistol yang berpeluru hidup itu. Kita tak pasti dimana ia berada. Andai ia dihadapan kita. Bagaimana dengan anak dn isteri kita. Sudahkah kita sediakan tabungan untuk mereka untuk meniti hari-hari tanpa kita?. Dalam surah Al-Baqarah ada menyebut “dan orang-orang yang akan meninggal dunia diantaramu dan meninggalkan isteri hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, diberi nafkah hingga setahun lamanya”. Ia adalah supaya meninggal kan isteri dalam keadaan lebih bersedia dan dapat menyesuaikan diri dalam keadaan mereka yang baru itu.
“Meninggalkan anak dan isteri mu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
~ Hadis riwayah Bukhari ~
read more...

Pendapatan dan takaful

Anda tak perlu baca jika anda rasa pendapatan tak penting buat anda.....



Setiap orang sayangkan keluarga mereka. Mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk kebahagiaan keluarga mereka, malah tiada seorang pun yang sanggup melihat ahli keluarga mereka menanggung penderitaan.

Setiap ketua keluarga akan melaksanakan tugas mereka dengan menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal untuk orang yang tersayang. Mereka juga akan menyediakan pendidikan, kesihatan dan kebajikan kepada keluarga mereka. Mereka berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk keluarga mereka. Jika sesuatu terjadi kepada diri mereka, mereka berazam untuk meninggalkan yang terbaik untuk keluarga mereka.

Ketika kehidupan berjalan dengan lancar, pelayaran ibarat di air yang tenang. Namun suatu hari nanti hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Langit yang selalunya cerah akan berganti mendung. Air yang tenang bertukar gelora. Sedarkah anda, jika sesuatu terjadi kepada anda atau anda meninggal dunia, anda tidak hanya meninggal sebagai seorang suami dan ayah. Tetapi pendapatan anda yang diperlukan oleh isteri dan anak anda akan turut pergi bersama-sama anda.

Dan, tahukah anda jika anda meninggalkan sebuah rumah untuk keluarga anda, keluarga anda mungkin terpaksa menjual rumah tersebut untuk dibahagikan sesama mereka, tetapi jika anda meninggalkan mereka dengan rumah dan perlindungan takaful, keluarga anda dapat menjaga rumah tersebut dengan baik dan membahagikan pampasan takaful sahaja. Sekurang-kurangnya keluarga anda masih mempunyai rumah untuk berkumpul.

Saya percaya, Setiap ketua keluarga, suami dan ayah pasti akan memikirkan masa depan dia dan keluarga tanpa membebankan dan memberi tekanan kepada isteri dan anak jika dia tidak berdaya untuk bekerja lagi. Apalah erti beberapa ratus ringgit sebulan jika dibandingkan dengan kebahagiaan keluarga.

read more...

LailatulQadar


Salam Ramadhan untuk semua......

Masa berlalu begitu pantas... sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung Ramadhan..
Bulan Ramadhan satu bulan penuh keberkatan dimana Allah S.W.T meluaskan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang tekun beribadat... dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda...

Abu Hurairah berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Apabila masuk bulan Ramadhan terbuka lah pintu-pintu syurga dan terkunci lah segala pintu neraka
manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat"
                                                                                                                    ~Bukhari dan Muslim~

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia daripada seribu bulan. iaitu malam Lailatul Qadar.
Malam yang diturunkan al-Quran untuk dijadikan sebagai panduan bagi seluruh umat Islam.

Firman Allah SWT:
" Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara
yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling
baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka
membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang
berkat) itu hingga terbit fajar."
                                                                                                                                   ~ al-Qadr: 1-5 ~

Oleh itu, sesiapa yang beribadat pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatul qadar, ganjaran pahala
amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1,000 bulan.

Dipenghujung Ramadhan….Tatkala hati sudah terbuai dengan keseronokan untuk berhari raya.....
Allah S.W.T menurunkan Lailatul Qadar pada supaya kita berusaha untuk memanfaatkan malam-malam terakhir di bulan yang mulia ini. Allah memberi keistimewaan kepada hamba-hamba-Nya yang tekun beribadat dari awal sampai hujungnya....

Untuk peringatan pada diri saya dan teman-teman yang mengunjungi blog saya, mari lah sama-sama
mempertingkatkan amal ibadat dan merebut peluang sebelum Ramadhan pergi meninggalkan kita.....
Semoga Allah S.W.T memberi keampunan kepada kita semua....
Amin.....
read more...