Friday, September 3, 2010

Pendapatan dan takaful

Anda tak perlu baca jika anda rasa pendapatan tak penting buat anda.....



Setiap orang sayangkan keluarga mereka. Mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk kebahagiaan keluarga mereka, malah tiada seorang pun yang sanggup melihat ahli keluarga mereka menanggung penderitaan.

Setiap ketua keluarga akan melaksanakan tugas mereka dengan menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal untuk orang yang tersayang. Mereka juga akan menyediakan pendidikan, kesihatan dan kebajikan kepada keluarga mereka. Mereka berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk keluarga mereka. Jika sesuatu terjadi kepada diri mereka, mereka berazam untuk meninggalkan yang terbaik untuk keluarga mereka.

Ketika kehidupan berjalan dengan lancar, pelayaran ibarat di air yang tenang. Namun suatu hari nanti hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Langit yang selalunya cerah akan berganti mendung. Air yang tenang bertukar gelora. Sedarkah anda, jika sesuatu terjadi kepada anda atau anda meninggal dunia, anda tidak hanya meninggal sebagai seorang suami dan ayah. Tetapi pendapatan anda yang diperlukan oleh isteri dan anak anda akan turut pergi bersama-sama anda.

Dan, tahukah anda jika anda meninggalkan sebuah rumah untuk keluarga anda, keluarga anda mungkin terpaksa menjual rumah tersebut untuk dibahagikan sesama mereka, tetapi jika anda meninggalkan mereka dengan rumah dan perlindungan takaful, keluarga anda dapat menjaga rumah tersebut dengan baik dan membahagikan pampasan takaful sahaja. Sekurang-kurangnya keluarga anda masih mempunyai rumah untuk berkumpul.

Saya percaya, Setiap ketua keluarga, suami dan ayah pasti akan memikirkan masa depan dia dan keluarga tanpa membebankan dan memberi tekanan kepada isteri dan anak jika dia tidak berdaya untuk bekerja lagi. Apalah erti beberapa ratus ringgit sebulan jika dibandingkan dengan kebahagiaan keluarga.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Pendapatan dan takaful"